2 mata yang tidak disentuh api neraka

7:48:00 PM

Salam to all readers~ =) Selamat malam semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semalam, jika tidak jugak, maka kita adalah orang yang rugi, kan? Ada sorang patient ni bertandang ke sini lalu bertanya, (mungkin persoalan) dr ni memang suka nasihatkan orang ye? =) I smile.




I know, I'm not the best to do that. Saya juga sama seperti anda2 semua. Malah mungkin anda lebih hebat dari saya. Siapa pun anda saya kagumi. =) Saya cuma menjadi seorang daie' kepada mad'u2 nya. Okey tak faham? Daie' ialah pendakwah dan mad'u adalah orang yang didakwah. Bagi saya, seseorang yang mungkin lebih ilmunya itu perlulah berkongsi kepada yang tidak tahu. Sayanglah ada ilmu tapi tak disebarkan.



Saya bukan perfectionist. Tak ada manusia yang perfect. Segala kesempurnaan itu hanyalah milik-Nya. Dia yang Maha Berhak. Dia yang Maha Sempurna. Kita tidak perlu amalkan konsep nak tunggu SEPENUHNYA baik baru boleh nasihat orang. =) Anda juga boleh nasihatkan saya kalau saya terkeluar landasan, saya mengalu-alukannya. Mari lah kita semua mencuba untuk menjadi seorang dai'e dan menambahkan ilmu pengetahuan. Anda juga seorang dai'e. =D






Okey fullstop soal itu. Malam ni saya nak membawa anda ingat kembali satu hadis tentang ini:










Kita selalu mengalirkan air mata mengenang soal2 remeh di dunia ni, sedar atau tidak sedar. Soal patah hati, soal fail exam, soal masalah-masalah lain lagi, etc. Tapi pernah tak kita sedikit pun mengalirkan air mata mengenang dosa-dosa kita? Berjaga malam untuk qiam kepada-Nya. Bangun malam nak stay up study senang pulak kan kita ni T_____T (saya juga) tapi bangun qiam alahai, huhu~




Tapi believe me, sekali kita cuba bangun malam dan bermunajat kepada-Nya, hati memang terasa lapang, rupa-rupanya sangat indah bercinta dengan KEKASIH HATI (Allah) berbanding kekasih hati (pakwe-makwe). Betul, trust me, and why don't you try it? =) Sebenarnya melalui qiam inilah akan mengalirnya kekuatan dalam diri. Jom kita try! =)




p/s: Jangan pernah ego untuk mengalirkan air mata! Menangis bukan bererti lemah~ =)



18 patient (s) need treatment

  1. jaga lah mata dgn sebaiknya..jangan bazirkn airmata dgn benda sia2..nice entry~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..peringatan yg amat berkesan..thanks!

    ReplyDelete
  3. @diba
    very true~ jgn sia2kan air mata dgn sebab yg remeh, bnyak manusia (saya juga) selalu mensia-siakan air mata yang seharusnya kita tangiskan mengenang dosa2 kita~

    moga kita dpt bermuhasabah~ =)

    ReplyDelete
  4. @Kalamhati

    thnkx btw, peringatan utk diri juga~ =)

    ReplyDelete
  5. erk~!
    rasanyer kedua2 mata aku takde ciri2 sebegitu~
    huu~

    ReplyDelete
  6. @AyuZ DeathWisH

    semoga kita lebih bermuhasabah diri selepas ini~ =) byk rupanye air mata yang disiasiakan.

    ReplyDelete
  7. salam ziarah....alhamdulillah....itulah air mata ila selalu mengalir....teringat dosa2 sblm neh n mengis bla berdoa..bila tringat mama n abha..pasti mengalir air mata neh...ntw, nice blog...ila suka sgt..banyak info berguna..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. @HonEyBuNNy

    alhamdulillah, kita mudah mengalirkan air mata apabila terkenangkan dosa2 lalu. ada orang belum lagi dpt hidayah utk itu mungkin hati dia dah jadi keras dan terlalu banyak tompok hitam.

    apa2 pun berdoalah semoga kita sntiasa di dalam redhaNya~ =) insyaallah kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita~ amin.

    ReplyDelete
  9. thank u Dr. Cinta..
    suka sangat baca entry nie..
    bagi saya kesedaran..
    :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..pengisian yg mantap.

    teruskn perjuangan berdkwah.. =)

    ReplyDelete
  11. @Hashira Yusoff

    insyallah~ smoga jalan dakwah ini diredhaiNya~ amin.

    ReplyDelete
  12. Seseungguhnya kekuatan diperlukan untuk menjadi manusia yang sentiasa diredhai oleh Tuhan; sebagai manusia kita sering tersilap langkah dan tersadung walaupun kita telah tahu tetapi kita belum betul2 belajar dari kesilapan lalu.

    Wadah Ilahi tak pernah mengabaikan kita tetapi sering kita yang mengabaikannya kerana kita memikirkan keseronakan yang dijana oleh nafsu. Nafsu yang sangat ghairah amat senang dipaut oleh bisikan-bisikan syaitan walaupun di saat kita sedang berdiri untuk mengadap Tuhan.

    Apakah pendapat tuan dan bagaimanakah kita ingin mendapatkan kekuatan agar sentiasa taqwa kepada Maha Pencipta?

    hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. @hasrul hassan

    nafsu sering membelenggu diri. orang yang paling kuat itu ialah orang yg dapat melawan hawa nafsunya.


    dan syaitan juga musuh utama kita. tidakkah kita lupa bahwa janji syaitan utk menyesatkan hamba-hamba Allah walau dgn apa cara pun~

    pertama sekali ingin saya kemukakan beberapa ciri mukmin yang bertakwa;
    1.beriman kpd Allah, 2. mendirikan solat, 3.mengeluarkan sebahagian penghasilannya dalam bentuk zakat mahupun sedekah, 4.selalu memakmurkan masjid. Ini beberapa. Cuba renung kembali ada tak ciri2 ini dalam diri kita? Jika tiada, muhasabah lah. Mudah kah titisan air mata itu hendak jatuh mengenangkan dosa2 kita?

    bagi saya, utk mendapatkan kekuatan dalam bertaqwa di jalan-Nya ialah pertama sekali ikhlas dalam beribadah kepada Allah. Tiada ikhlas dalam diri, sukar utk kta mencapai kekuatan dalam bertakwa kepada Allah, umpama beribadah semata2 utk mendapatkan pujian. Jika kita solat, hendak dikatakn warak mahupun alim, jika menuntut ilmu hendak dikatakan pandai, jika bersedekah, hendak dipandang sebagai dermawan. Sedarkah kita, amalan2 itu niatnya seharusnya dituju kepada Allah.


    Kesimpulan, ikhlaslah dalam melakukan ibadah justeru kita akan mendapatkan kekuatan yang sbenar dalam kehidupan kita utk beribadah dan seterusnya melakukan kehidupan seharian. =)

    disamping itu hendaklah kita terus2 terusan berdoa kepada-Nya agar dikurniakan kekuatan. Kuasa doa. Segala2nya boleh terjadi dengan izin-Nya.

    ReplyDelete
  14. Zhafarina9:22:00 PM

    Salam.
    saya suka melihat blog Dr.
    saya mahu minta izin untuk share post2 menarik dari dr..

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers