Tips 10 malam terakhir

10:00:00 AM




Ramadhan semakin meninggalkan kita, dah banyak ke amal yang kita buat sepanjang Ramadhan ini? atau sekadar berlapar dan dahaga. Bukan puasa makan dan minum sahaja sebenarnya, secara tidak lansung hati juga perlu dididik sepanjang bulan Ramadhan ini, tak boleh itu, tak boleh ini. Sekarang dah masuk malam-malam yang last. Berupaya kah kita nak jejak malam lailatul qadr itu? Sama-sama kita ikuti tips-tips 10 malam terakhir.


“Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …”



Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :



1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.



2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk
beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).




3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.



4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.



5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.



6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.



7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.



8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.



Insyaallah, semoga kita dapat bertemu dengan malam lailatul qadr yang sering disebut-disebut Allah. Bersama-sama kita mencarinya. =)

sumber


4 patient (s) need treatment

  1. selamat hari raya aidilfitri buat Dr. Cinta & family

    ReplyDelete
  2. dr c da tukar layout lglaa..
    lawalah banner...
    (:

    ReplyDelete
  3. @makdara TERDIVA

    selamat hari raye jugak. Jgn lupa cari mlm 1000 keberkatan ni juga ye =)

    ReplyDelete
  4. @zulaika.puad


    eh lame je, dye je yg dah lame tak dtg sini ek? =) header tu biase2 aje, tulis je kat photoshop, heh -___-

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers