Tabarruj dosa yang dianggap biasa

5:48:00 PM

Salam to all readers~ =) Selamat petang semua. Anda boleh pergi dekat post yang ini pasal pemakaian tudung trend terkini. Sebelum dihuraikan tentang maksud tabarruj ini, perlu kita tahu syarat-syarat menutup aurat, bukan hanya sekadar memakai tudung, tutup kepala rambut tak nampak, pakai baju tutup dari atas sampai bawah, tapi kita perlu ambil kira secara detailnya:



1-Menutup aurat
2-Tidak menampakkan warna kulit (tidak jarang)
3-Tidak menampakkan bentuk tubuh (ketat)


As we know, aurat sebagai seorang wanita adalah semuanya kecuali muka dan kedua tapak tangan, kan. Okey tepuk tangan, anda lulus. =) Kita tengok dulu secara terperinci tentang penutupan aurat ni.


Aurat wanita dengan lelaki ajnabi

-Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan



Aurat wanita dengan wanita muslim

-Antara pusat dan lutut, namun bukan syarat untuk mendedahkan secara sengaja.


Aurat wanita dengan wanita bukan Islam

- sama aurat dengan lelaki ajnabi tapi terdapat kes yang dirukhsahkan(diringankan) seperti tinggal di asrama.



Now, kita tengok pulak apa yang dimaksudkan dengan tabarruj itu.



Anda tahu apa itu maksud tabarruj?


Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Memakai pakaian yang sempurna menutupi auratnya dari atas saaaampai bawah tapi menarik perhatian ramai.



Contohnya anda pakai make-up dekat muka, perhiasan di jari, lihat pula tudung atau bajunya, perhiasan dekat kaki seperti memakai gelang kaki ataupun fesyen yang terlalu menarik perhatian even menutup aurat sekalipun sep
erti mana yang diwar-warkan kini (kononnya busana muslimah). Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang.


sebagai contoh


Firman Allah Taala:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Al-Ahzab: 59)



Di dalam surah al-Nur, ayat 31:

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."


Ayat-ayat Allah di atas adalah garis panduan bagi muslimat untuk menutup aurat.Okey, kita tengok situasi dibawah ini ya.



Jika berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang.



Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung (fesyen terkini, seperti tudung syria sanggul tinggi, shawl berwarna warni), dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain, maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.



Jika seseorang wanita itu memakai jubah atau baju kurung yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut dalam Islam walaupun menutup aurat sesempurnanya.



Kesimpulannya, walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi menarik perhatian orang lain, ini sudah dikira bertabarruj, apatah lagi jika pemakainya (contoh busana muslimah kini) berjubah tetapi ketat di bahagian pinggangnya, berbaju labuh tetapi jarang pulak dengan bahagian tangan, bertudung tapi sanggul pulak tinggi2. Menutup auratlah dengan sempurna =D



Pakai shawl labuhkan sehingga bawah dada, bertudung tapi jangan pulak pakai baju lengan pendek. Sudah sempurna aurat ditutup cuba tengok baju pulak, jarang atau tak.



p/s : saya sayang anda semua sebab itu saya bagi tahu semua ini, mungkin ada ilmu yang kita tidak tahu. Diri sendiri juga banyak kelem
ahan dan masih dalam proses membaiki diri. Waallahu'alam. =)



panduan bersama




12 patient (s) need treatment

  1. terima kasih atas ingatan..

    sesungguhnya diri ini terlalu byk cacat celanya..huhu!

    ReplyDelete
  2. wah doc..suke2... mekasih bebyk.. u realise me a lot...

    ReplyDelete
  3. @makdara TERDIVA

    sama2, bukankah kita sesama saudara harus saling mengingati? =)

    sama lah, saya sndri punya kelemahan dan masih belajar utk mengenal dunia dengan UJIAN dari-Nya. =)

    ReplyDelete
  4. @pu3 nonsense

    same2 =) ambil iktibar dari mane yg boleh okeyh? =)

    ReplyDelete
  5. Thanks dr.cinta for this gentle reminder.Very nice :)

    Entry Baru:
    -Yelah,saya ni orang asing...
    -Ulama Politik ?

    ReplyDelete
  6. thanx 4 reminding...btw...how about fesyen skrang yg mcm ttp aurat...tp 2x5 kn...paperpn love to read it yg kdg2 leka n terlupa...thanx...

    ReplyDelete
  7. @DEE_DEE

    fesyen skrg as yg digembar-gemburkan busana muslimah tapi layak ke panggil busana muslimah sedangkan pakaian nya ketat sana ketat sini karang sana janrang sini, act ramai yg belum tahu syarat-syarat penutupan aurat yg sebenar2 dalam Islam~

    maybe mereka hanya tahu asal tutup je dah tutup aurat kowt =) so, kpd yg tahu inilah tanggungjawab kita utk memberitahu kpd mereka~ all da best kpd para daie'~

    ReplyDelete
  8. good for sharing...kalau nak pakai..pakai betul2

    ReplyDelete
  9. @POSH76

    betul~ supaya tak jadi fitnah =)

    ReplyDelete
  10. mujahidah muslehah10:45:00 PM

    smg kita xtrgolong dlm glngn yg tabarruj..

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers