Iklan Promo Aidilfitri TV3

3:03:00 PM

Salam to all readers~ =) Raya dah nak dekat. Ramadhan semakin meninggalkan kita.
Baru-baru ini dikecohkan dengan iklan Hari raya tv3 yang menyerupai Hari Krismas. Tapi difahamkan iklan ni dah tak dimainkan lagi dan akan digantikan dengan yang baru. Dr tahu pon bila berjalan-jalan dekat belog orang, jadi mohon share ye. Boleh rujuk sini dan sini untuk mengetahui isu tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci.Nak lebih politik pergi belog sana, heh.



Cuma nak tunjuk iklan ni, adakah ianya satu kebetulan, atau pun memang dirancang? Waallahu'alam. Bagi yang tak berapa nak hengat iklan mana, meh tengok sat.





Lepas post isu yang lepas pasal klip video kakak GagaP tu yang memang bukan orang Islam buat video klip memang sesat macam tu ingatkan dekat Malaysia tak adalah unsur-unsur cam gitu, tapi kenapa iklan macam ni boleh terlepas pulak ni. Dekat Malaysia, yang dikatakan negara Islam. Siapa yang buat iklan ni kita tak tahu, jom tengok explanation dia satu per satu. Kepada anda-anda yang nak share boleh saje ye.






Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.


a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran





Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).


a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan





Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian






Scene 4
- Budak lelaki Melayu dengan seorang budak perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) bangsa Melayu)


a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.







Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.



Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan




Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dan sebagainya.





Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.


a) Pasangan budak perempuan berpelukan - Lesbianism/Feminism.Kepala budak lelaki tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.




Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau - Singapore lah. (? yang ni tak faham)





Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.


a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah





Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan menunjuk menggunakan jari telunjuk - Perlakuan biadab




Scene 12
- Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).



Adakah semuanya berlaku secara kebetulan atau apa? Macam-macam. Realiti dan kospirasi *tiba-tiba



14 patient (s) need treatment

  1. oh. ni ke iklan nye.
    mmg mcm meraikan krismas dn bukan raye....

    ReplyDelete
  2. @fara

    haa tu lah kan? tapi dah tak tayang dah sebab bnyk pihak pertikaikan kat fb, belog and so on. Pihak TV3 pon kate akan ade iklan laen.

    ReplyDelete
  3. msa 1st time bc nie , tak sejelas Cr Cinta tunjukkan .. tp mmg trkejut la jgk . xsgka kan ?

    ReplyDelete
  4. @fathiahRAIHANA

    mmg, akak pon tak perasan lah jugak iklan ni cm gini. btw, alhamdulillah kita org Islam ada yg perasan, dan iklan ni dah dihentikan pun.

    leps ni kena betul2 prihatin dgn isu sensitiviti umat islam, kan?

    ReplyDelete
  5. ouh xperlu minta share sbb benda ni email strings. Sume post bende sama

    Tapi yg ni xsama
    http://www.arcx13.com/2010/09/illuminatus-illuminatus.html

    ReplyDelete
  6. terlalu over tafsirkan iklan.. harap jgn meracuni sgt pkran..
    kite ambik yg positif lebih baek dari yg negetif..

    ReplyDelete
  7. @ARC™

    sharing is caring huh? xsalah kan? sebab there a lots of people ouside there tak tahu menahu~

    ReplyDelete
  8. @baem ali

    keterlaluan atau tidak bukan persoalannya, kat sini, isu dia menyentuh sensitiviti msyrkt, harap org lebih peka. bukan isu KETERLALUAN atau apa ye~

    yes, ambik yg +ve and ketepikan yg -ve but we should know, as umat Islam, kita kena tahu batas2 nya, org yg buat this iklan pon xrase ke macam melampau? =)

    think of it

    ReplyDelete
  9. hey.. jgn la terlalu obses nmpak illuminati.. tlg paham.. jangan samapi mate nmpak semuenye begitu.. harap jgn obses

    ReplyDelete
  10. @baem ali

    if bukan iluminati apekemende skali pun, adkh anda ada sensitiviti trhdp iklan yg smc ini?

    yg menyentuh sensitiviti agama kita, kalu xde tanggapan yg mcm ni, mcm mane boleh pihak tv3 terus tak siarkan lagi iklan ni kan?

    terpulang pd anda bagaimana anda nilai semua ni, tapi apa yg pasti ada sst msej di sebalik smue ni kan? sy rasa anda juga sependapat dgn sy jika sy katakan iklan sebegini tak sepatutnya di tayangkan di negara Islam.


    Anda nilai sejauhmana sensitiviti anda dalam menangani isu-isu Islam sebegini.

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers