Adam & Hawa

7:33:00 PM

Salam to all readers~ =) Minggu ni baaanyak sangat test oral dan sebagainya, maka harap dimaafkan if tak dapat nak hapdate satu dua post ye. Ingat jadi bakal-cekgu tak busy? =)Even esaimen masih bertimbun-timbunan ku gagahkan jugak menaip satu dua entri, heh, sebagai perkongsian bersama.



I lukis grafiti dekat fb T_____T owh my~




Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.



Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.



Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.



Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.



Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.



Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.



Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.



Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.


Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.


Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.



Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.



Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.


Dan

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.




Bukankah lelaki dicipta untuk melindungi dan wanita dicipta untuk dilindungi, wahai para syabab (muslimin) out there, jaga lah wanitamu, jangan rosakkan diri mereka dengan ketidak jujuran cinta kamu, dengan ketidak seriusan cinta kamu. Sesungguhnya cintailah pemberi CINTA yakni Allah itu sendiri nescaya
kau akan mendapat cinta yang sejati.


Okey, ni hati kita yang Allah kurniakan masih suci dan bersih tak ada dosa




Bila kita buat dosa, bertambah satu lagi titik-titik hitam dekat hati kita (nampak dah dosa cakap tinggi dengan mak, pegang tangan awek, ingat pakwe makwe-ini zina hati- sudah diterangkan dalam post ini. )



Makin lama makin baaaanyak, dosa malas nak menuntut ilmu (ponteng), dosa mengumpat (ghibah), dosa fitnah orang, dosa bukak aib orang, dosa bla bla bla and so on.




Sampai satu masa titik-titik hitam tu dah penuhkan hati kita (nauzubillah) dah macam tak ada hati dah. Peringkat ni, bila orang nasihat kita dah tak nak dengar, orang suruh buat baik kita marah-marah. Orang mengajak kepada kebaikan kita lakukan kemungkaran. HATI KOTOR. Istighfar.



Jangan biarkan hati kita kotor jadi macam tu, dah tak ada hati. Cinta Allah adalah segalanya, jadi mengapa kita masih ragu?


p/s: terlalu banyak cinta palsu dekat dunia ni, masih layakkah bergelar cinta suci? Tepuk dada tanya iman.

p/s/s: maaflah draw hati, kejap mengembang kejap mengecut, T___T macam ada sakit jantung~ Anda rasa entri ini berguna untuk masa depan anda? Boleh lah sumbang seposen dua dekat tabung Nuffnang saya, cepaaaat saya pergi honeymoon nanti =D Terimaasss~


20 patient (s) need treatment

  1. dear dr cinta~
    i want this
    hopping that u dont mind dear~

    ReplyDelete
  2. Penggunaan gambar-gambar yang sangat membantu proses pemahaman.Tahniah.InsyaAllah ia sangat bermanfaat :)

    Entry Baru:
    -Yelah,saya ni orang asing...
    -Blog review:Langit Ilahi

    ReplyDelete
  3. @iqbalsyarie

    thnx ya~ kebaikan bersama =D

    ReplyDelete
  4. cintailah pada yang SATU

    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  5. @nur

    yap, bercinta dengan-Nya kita dapat semua nya kan? =D

    insyaallah sedang cuba~

    ReplyDelete
  6. adam memerlukan hawa
    hawa memerlukan adam
    krn tidak ad yg smpurne
    tp,biarlah dgn jalan Allah =)
    thanks dr chinta..

    ReplyDelete
  7. adam memerlukan hawa
    hawa memerlukan adam
    krn tidak ad yg smpurne
    tp,biarlah dgn jalan Allah =)
    thanks dr chinta..

    ReplyDelete
  8. @wonderfuLife♥ ♥

    sangat true! =D biarlah pada landasan Allah, jgn biarkan hati kotor dgn cinta manusia yg tak ke mana~

    ReplyDelete
  9. wah..takunya....takutnya...takmo hati kotor....nak hati cantik....syukran,entry yg berguna nih

    ReplyDelete
  10. @Cik Jari

    stiap amal yg kita perbuat Allah nilai, ada malaikat kiri kanan catit segala kelakuan kita;

    yg baik even niat je, dah tercatit, tapi yang jahat even niat je tak dicatit pon lagi, melainkan kejahatan yg diniat tadi dah dibuat baruuulah dicatit.

    Betapa pemurahnya Allah kepada hamba-Nya yg sentiasa mmbuka pintu taubat tapi kita sering tak sedar. Titik2 hitam tu kita kena bersihkan =D

    ReplyDelete
  11. suke entri nie.. bercintalah tapi jgnlah sesekali mendekati couple cause cinta 2 dh xsuci ag...

    ReplyDelete
  12. @pu3 nonsense

    CINTA itu suci, Allah yang bagi kan? tapi seringkali kita salahgunakan kotorkan cinta tu, Dari fitrah bertukar jadi fitnah.

    Susah bila keadaan macam ni dah menular dalam remaja dan masyarakat setempat, katanya dalam bercinta, tak ada feel lah if tak pegang2 tangan, tak balas2 message, tak gayut tepon secara marathon.

    Boleh rujuk buku TENTANG CINTA by Pahrol Muhd Juoi tentang persoalan cinta ni, dikupas dgn SANGAT baik. =D *promote, dah nak dekat 7x baca buku ni, tak pernah jemu~

    ReplyDelete
  13. salam.

    entri yang bagus.
    saya mohon kebenaran nak copy puisi dekat atas ? :)

    ReplyDelete
  14. @Rizha.

    eh yang tu dekat iluvislam je~amek je~

    ReplyDelete
  15. izinkan di copy cerpen ini..;)

    ReplyDelete
  16. nagis bca entry ni..

    byknya d0sa~~ T___T

    ReplyDelete
  17. @Hashira Yusoff

    semoga air mata yg mengalir itu sebagai tanda pengisafan kita kepada-Nya~ =)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers