Bilakah doaku akan dimakbulkan?

7:14:00 AM

Salam to all readers~ =) Selamat pagi, cewah update belog awal sangat hari ni sebelum pergi kelas. Kita selalu mempertikaikan kenapa doa kita tak dimakbulkan lah, lambat dimakbulkanlah, tapi tahukah kita, sebenarnya;




Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu



Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)




Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu



Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."



Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."




Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu



Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


(al-Baqarah:216)



Then, seharusnya kita sepatutnya bersangka baik kepada Allah;

Firman Allah; "Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."



p/s; Allah sayangkan hamba-hambaNya~ =)

credit to Solusi Isu 2~


12 patient (s) need treatment

  1. hee, entry yg sgt membina dr:)
    keep it up k:)
    kadangkala Allah tidak makbulkan doa kita kerana Allah mahu kita sentiase meminta darinNya:)

    nazirulhazwanws.blogspot.com

    follow if suke, ade gmbar baby saye!

    ReplyDelete
  2. thnx~ satu perkongsian je

    ReplyDelete
  3. betul2..perancangan Allah adalah yang terbaik utk kita..:-)

    ReplyDelete
  4. iqafi;

    bersangka baeklah pada Allah, saya juga sedang sedaya upaya, tsk~ =)

    ReplyDelete
  5. semoga doa kita diberkati...

    ReplyDelete
  6. majalah solusi mmg bgs sgt...thnx 4 sharing..=)

    ReplyDelete
  7. zihnun fatin;

    taw tak pe, sgt berbaloi pon beli~ =') di samping dpt tarbiah diri, tak kesah rm8-9 melayang, tsk~ =') demi ilmu kan?

    ReplyDelete
  8. kita berusaha, merancang dan berdoa seterusnya bertawakal...namun sebaik2 perancangan manusia..perancangan Allah jugak yg terbaik..

    ReplyDelete
  9. makdara;

    yuP, =') waah terdidik hati saye mendengarnye~ thnx

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers