Bertaubatlah di saat kita merasa berdosa

2:49:00 PM

Salam to all raeders~ =)






Aku memang rasa something perubahan yang dah berlaku dekat diri n
i. Makin lama makin jahat. Dulu masa zaman sekolah dulu, aku rajin mengaji, rajin pergi mesjid. Tapi, kenapa sekarang ni, aku tak rasa pun ketenangan hidup, hidup dalam dosa mungkin? Tapi, apa yang perlu aku buat? Aku nak kembali meratib cinta-Nya, kalaulah aku tahu cinta manusia itu sangat menyakitkan, aku memang tak nak jatuh cinta. Jatuh cinta dengan Allah memang best. Allah sayangkan kita even kita selalu lupakan-Nya.




"Setiap manusia yang melakukan kesalahan pasti akhirnya akan kembali mengingati Allah. Tersedar akhirnya diri yang berdosa selama ini, menjejak kembali meratib cinta-Nya. Padahal dalam hati penuh dengan rasa hina dan kotor terkesan dari segala perbuatan lampau. Bermain-main dalam hati-hati ini, mahukah Allah menerima taubat hamba-Nya ini? Yang dahulu penuh dengan kekhilafan? "




Cara-cara bertaubat;



1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w:



اَلنَّدَمُ تَوْبَةٌ

“Menyesali (dosa) itu adalah taubat”.




2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.




3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.




4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah:




يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا عَسَى رَبُّكُمْ اَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلاَنْهَارُ

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”.




Allah berfirman:



اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”.



Orang yang leka atau tidak mahu bertaubat, kemudian menyerahkan nasibnya kepada qada dan qadar, maka ia adalah seorang yang amat jahil, telah meninggalkan perintah Allah, seorang yang sombong, tidak sedar diri, dan telah menzalimi darinya sendiri sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:




وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُوْنَ.

“Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.




Allah menyeru dan memerintahkan agar hambaNya yang berdosa sering bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang murni). Perlulah diketahui dan disedari bahawa Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun sentiasa menerima taubat seseorang walau bagaimanapun besarnya dosa yang telah dilakukan.


Tambahan, jika kita pernah melakukan dosa kepada manusia, minta maaflah kepada individu tersebut. Dosa antara kita dengan Allah, kita perlu berdoa tetapi dosa dengan manusia, kita perlulah meminta maaf.


Waallahu'alam~






p/s; Allah sayangkan kita even bergallion dosa pun, asalkan kita kembali berpaling pada cinta-Nya. =')

3 patient (s) need treatment

  1. solat dan beramallah selalu...insyallah....sinar itu pasti ada...**saye pun ada wat post pasal ni juga...jenguk2 lah yer

    ReplyDelete
  2. Taktau nak kata macam mana..rasa bedosa itu kuat...tapi ada masa masih melakukan dosa tu..

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers