Followers

20100630

Tips mengatasi putus cinta

Salam to all readers~ =) Selamat petang semua~ Hari ni nak buat satu perkongsian sikit lah kan. Umumnya, ramai bebudak di luar sana bila putus cinta macam nak mati sampai nak bunuh diri pown ada kan? Bukanlah nak menggalakkan uolls bercinta ke hape but sekali uolls terjebak then tak ada panduan pulak bila berhadapan dengan situasi macam tu, betul tak? Jadi bila dah kena dekat uolls, meh sini nak habaq apa yang anda2 harus lakukan apabila uolls rasa sangat2 down~





1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya. If sebelum ni tak de masa nak ingat Allah, lebih baek sekarang kembali kepada-Nya.



2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah. Allah akan mempertemukan kita dengan orang yang lebih baek dari yang kita pernah ada sebelum ini, okey~ =)




3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.




4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda supaya kenangan2 uolls dulu tak de lagi dalam ingatan anda.




5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.




6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik yang telah Allah janjikan taw!




7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit. Kumbang bukan seekor!




p/s: Ingat, Allah sentiasa mengetahui yang terbaik buat hamba2Nya, jangan salahkan-Nya, pasti Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik! Kembalilah kepada-Nya setelah kita jauh dari cinta-Nya~






Syukran Jazilan for reading

9 patient (s) need treatment:

naz said... REPLY

banyak lagi jika ikut keselesaan cara sendiri :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

tapi yang penting, balek kpd Allah lah ye~ =)

Broken Heart said... REPLY

awak pernah putus cinta ke? not that easy k... berbalik pda tuhan bukan shja bila dah putus cinta tpi all the other times too...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

broken heart:

tak penah pown lagi~ memang la bukan masa putus chenta je ingt Allah, setiap masa kena kan? tapi masa uolls bercinta tu ade ke ingt Allah? sebab tu lah cinta separuh mati sampai tak ingt Tuhan kan?

mmg tak senang, at least kita dah cuba dgn cara2 macam ni , bnyk je lagi cara laen tpi sebasic2 nye turn to HIM, coz Dia lah pengatur segala2nya.

dengan mengingati Allah hati menjadi tenang? bukan ke macam tu?

yoro okino said... REPLY

sy xbuang pon aper2 yg ader kaitan ngn dier..sbb rase sume tu xkan jadi lgi n xmungkin jdi lgi..so biar je laa..nak mende tuk hilng sendiri..huhuh

~Dr.CiNta~ said... REPLY

ikut keselesaan diri k~ =)

nisha rozali said... REPLY

whatever it is , ALLAH is always there for us :) cheer up !

Anonymous said... REPLY

I BARV PVTVS DGN BF..14 HARI I CARI DYE SIANG MALAM, 24/7..TERTEKAN SANGAT2..SAMPAI RASE DA GIVE UP DGN HIDVP NIH..

PRIVATE said... REPLY

I BARV PVTVS DGN BF..14 HARI I CARI DYE SIANG MALAM, 24/7..TERTEKAN SANGAT2..SAMPAI RASE DA GIVE UP DGN HIDVP NIH..

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta