Kita hidup cuma 1 jam sahaja

2:20:00 PM

Salam to all readers~ =) Selamat hari jumaat, malam ni dr dah nak balik maktab dah, tata semua, =) So, hari ni dr nak mengajak kita berfikir bersama ye, fikir2 tentang amalan kita selama kita hidup di dunia ni~




Nisbah Hari Dunia : Hari Akhirat



Firman Allah,


و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون
Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu.
(Surah al-Haj ayat 47)-Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah




Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita.



Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari,
bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia



Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam,bermakna, setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.



Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.



Hakikat Kehidupan Dunia



Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون


Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

(Surah al-An'am ayat 32)


Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan.

(Surah Ali Imran ayat 185 )


Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

(Surah at-Taubah ayat 38)


Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.


Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan, tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, harus matang dalam membahagikan masa antara ibadah dan muamalah sesama manusia.


Persoalannya


Berapa banyakkah persediaan yang telah kita lakukan untuk ke sana?


Berapa banyakkah masa yang terbuang begitu sahaja tanpa diisi perkara atau amalan
yang bermanfaat?


Fikir-fikirkanlah...


5 patient (s) need treatment

  1. kuasa ALLAH tak siapa menduga :)

    ReplyDelete
  2. masya-Allah...
    akhir2 ni sye ade jgk terfkr pasl kematian. sye pkr org yg mati sblm2nya psti azabnya lbh lme drpd kite skg kalau mati.

    rupanya tdk sbb 1 hr di akhirat tdk sme dgn 1 hr di dunia. bru sy sdr.

    umpamanya spt kte main game The Sims. masa di dlm permainan bergrk lbh pntas drpd mse di dunia nyata. so, bnde ni kite xleh kate tdk utk ditrme akal kn doktor??

    ReplyDelete
  3. kasot puteh;

    yup, sangat betol~ =) maen the sims tu, kita boleh cepat2kan masa dye, haha, teringat pulak~ =)


    masa kat akhirat tu tak sama dgn masa kita kat dunia ni, so kenapa lah kita asek sibuk2 dgn hal dunia ni even kita dah tahu apalah sgt dunia ni kan? =)

    ReplyDelete
  4. Cukup singkat dan cukup sementara...

    "Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja." (An-Naziat: 46)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers