Aku tahu tapi aku mahu~

2:27:00 PM

Salam to all readers~ =) waah lamanya tak post something, sibuk nak balik lah katakan =__= So, pada hari Jumaat yang mulia ini hari segala penghulu hari cuba kita renungi satu monolog ini. Kita tahu tapi kita still mahu lakukannya~





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.
( jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat) .


aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya



aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat



aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan



aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng



aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya



aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga



aku tahu berat amanahku sebagai hamlatul quran,
tapi masih liat nak mengulang



aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih tak pandai menjaga diri



aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah



aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah tak endahkannya



aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi



aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa



aku tahu aku ini hambaNYA
tapi masih hanyut dengan dunia



aku tahu azabnya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat padaNYA



aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya




Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapia aku seolah- olah menjadi hamba dunia.



banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat padaMU. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.



Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..



Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.



Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi??


p/s: change =)


6 patient (s) need treatment

  1. suka . rasa terubat sikit , dr. :)

    ReplyDelete
  2. insyaallah, patient dah dapat ubat dah kan? hehe =)

    ReplyDelete
  3. aduiiiiiiiiii dr
    den sakit :))

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers