Mahu menerima lamaran atau tidak?

12:29:00 PM

Berjalan2 lagi ke website sane n sini..Lalu terjumpe stu artikel yg sye kre menarik..hmm jom check it out!

Mahu menerima lamaran atau tidak?


Salam ukhuwah buat Ummu. Saya ada soalan berkaitan baitul muslim. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ada seorang lelaki yang saya senangi dari segi agama dan sosialnya, melamar saya (secara tidak formal, tidak melalui orang tua atau perantara)? Adakah saya boleh berpegang kepada janji tersebut? Saya harap Ummu dapat menasihati saya dalam hal ini. Terima kasih.

~ Pelajar IPT

Jawapan:

Salam ukhuwwah buat anakbuah umi yang bertanya. Nasihat umi ialah :

1. Anakanda solat istikharah minta Allah swt bantu dalam membuat keputusan yang terbaik untukmu di sisiNya.Tips dan petua beramal solat istikharah :

a. boleh dibuat pada bila2 masa, membaca sebarang surah selepas al-fatihah, dilakukan ikhlas lillahita'ala. Beristikharah merupakan tabiat orang yang beriman dalam menghadapi urusan untuk membuat pilihan yang tepat.

b. Doa selepas solat istikharah :

"Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon petunjukMu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmuMu dan aku memohon kekuatan kepadaMu untuk mendapat penyelesaian dengan kekuasaanMu, aku memohon anugerahmu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau maha Berkuasa, sedangkan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa..............(sebut nama lelaki yang meminang itu...sebut hajatnya cth : Dia adalah lelaki yang Engkau utus/redha untuk menjadi suamiku yang bertaqwa dunia dan akhirat), baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku. Bagaimanapun, apabila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu membahayakan diriku berkaitan agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian taqdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana2 saja dan berilah redaMu kepadaku," Rujukan Riwayat Al-bukhari no 1162, 6382, 7390.

2. Setelah anakanda solat dan merasa senang dan aman dengan keputusan untuk menerimanya :

a. Berbincang/bermesyuaratlah dengan ibu dan ayah. Firman Allah swt : Surah Ali Imran : 159
"Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal2 keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah swt mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya".

Setelah ibubapa setuju:

b. Suruhlah lelaki tadi untuk masuk menghantar ibubapanya datang meminang.

3. Sekiranya anakanda berdua ditaqdirkan Allah untuk menjadi suami isteri:

a. Fasa 1 : Bakal suami isteri untuk mendapat pengisian tentang fungsi dan tujuan institusi kekeluargaan dalam Islam, haq dan tanggungjawab suami isteri dan prosedure pernikahan menurut Al-Quran dan Sunnah.

b. Fasa 2 : dilaksanakan secara berasingan bakal suami dan isteri. hafalan doa bersama, doa rumahtangga bahagia, doa mendapat anak soleh etc. Tips dan adab mengetuk pintu menurut Al-Quran dan Sunnah.
Akhir kalam semoga Allah swt membantu anakanda membuat keputusan yang tepat di sisiNya.

hehehe~

topik ny saye kire menarek n i'm sure pasti berlaku dklgn student2 IPT or IPG...hehehe..

Waallahu'alam~

2 patient (s) need treatment

Your comment?

Instagram

Followers